Melaka

Assalamualaikum :)

Isnin, 12 November 2012
Dalam pukul 9 lebih malam tu, aku ikut family aku pergi uptown Seri Kembangan. Nak cari parking kat sini memang susah oh. Sentiasa penuh je parking. Round punya round, finally, jumpa jugak parking. Tapi, tempat kitorang park kereta ni, tak payah cakap lah. Jauhhhhhhhh gila dari uptown tu. hahaha. Penat nak jalan kaki ke sana oh. Dah la malam malam kat situ banyak anjing liar. Btw, kenapalah sekarang ni banyak gila anjing liar?! Kat rumah aku ni, kadang kadang aku tengok lebih daripada 10 ekor anjing merayau rayau, menyalak bagai.  Mengancam keselamatan betul. Mana tahu time nak bukak gate, tiba tiba anjing2 tu serang. Time nak ambik buah mangga kat depan rumaah pun,anjing serang. Macam mana?! Tak ada orang ke yang tangkap anjing anjing liar ni semua. Cisss. Okay dah. Stop. Sambung balik pasal uptown :p

Aku suka gila pergi uptown kat sini oh! Haha. Nak tahu sebab apa? sebab banyak gila jual baju, kain, seluar yang catik cantik. Segala jenis pakaian ada. Beg pun banyak jual. Casing phone berlambak lambak orang jual. Warna warni, macam macam style, comel comel. Aku rasa nak borong je semua, tapi apa kan daya. Saya tidak mampu :( Hahahahahhaa.

Malam tu kitorang beli lah apa yang patut, apa yg kami nak beli :p Btw, kat tempat ni banyak gila baju perempuan. Baju lelaki? Ada tapi sikit je. Kalau ada pun, baju bolaa, jersi jersi tu semuaa. hahaha.

Selasa, 13 November 2012
Malamnya tu, abah dah bagi tahu awal awal, esok nak pergi Melaka. Perasaan aku time tu ada rasa happy and sedih. Hahahaa. Happy sebab dapat jugak jalan jauh jauh sikit cuti ni. Kalau tidak, balik2 Sunway, Carefour, Giant, Law Yat. Aku pun dah bosan tengok tempat tempat tu semua. Muka penjual penjual kat situ pun semua aku dah cam. Eh, tak adalah sampai macam tu sekali. Haha. Sedih? sebab tak ada tempat lain lagi ke nak pergi? Kalau pergi jauh sikit mesti Melaka. Melaka Melaka Melaka. Bosannyaa :( hahaha. Apa apa pun, biarlah. Asal kan keluar rumah jugak cuti ni. Kau ni aina, tak reti nak bersyukur betul. Orang dah nak bawak jalan tu, ikut je lah. Baling batu kang.

Hmm, Nak tahu tak? Sepanjang perjalanan daripada rumah hingga ke Melaka, aku tidur je dalam kereta. Hahahaa. Dah lah tidur tak terjaga langsung. Lena betul aku tidur. Lagipun, aku memag suka tidur dalam kereta. Entah, tidur dalam kereta rasa selesa, lena je. Haaaa.. Pelik kan? dush dushh :p

Ni time dah sampai Melaka, kat kawasan beca beca and kapal ni ha :p 

Sampai je kawasan tu, kitorang carilah parking kat tempat kereta berdekatan dengan Menara Taming Sari tu. Baru lebih kurang pukul 11 pagi, tempat parking dah penuh. Ramai gila orang. Waduhh, leceh betul. Then, terpaksa lah cari tempat parking yang jauh sikit daripada Menara Taming Sari tu. Last last, jumpa jugak. Lepas parking, kitorang terus pergi Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Dalam mall ni serius wa cakap, banyak gila baju cantik cantik, keychain and macam macam lagi lah jual kat sini. Ada banyak kedai jual accesories perempuan. Ni yang syok ni. Hahahaha. And ada satu kedai tu, penuh dengan rantai, cantik cantik woo. Ada satu kedai tu, penuh dengan sepit rambut. Terpaku wa tengok. Hahaha. 







Tengok, banyak gilaa sepit rambut kat kedai ni! Nak borong boleh? xD



Ha lagi satu, lupa nak bagi tahu. Kat sini kedai jam tak payah cakap lah, banyak jugak wo. Then, ada macam macam jenis jam dia jual, macam macam pattern, colour. Cantik cantik. *terpaku lagi* haha xD


Beg pun banyakk kat sini. 


Lepas tu, dah habis cuci cuci mata kat mall ni, beli beli apa yang patut, kitorang pi makan tengah hari kat mana entah xD Tak tahu apa nama tempat tu. Kat situ kawasan dia macam medan selera. macam macam jenis lauk ada. Sedap gilaa wo. Time ni aku makan kat satu kedai orang Kelantan ni, kacekk kelate je keje tuan kedai tu. Hahaha. Macam macam lauk dia jual. Aku pilih udang masak sambal, my pebeghet :p Haha. Dengan ikan pari masak..... Apa entah. Lupa. Hhahah. Aku makan, fuhhhhhh. Tak sempat nak sentuh air, tak sempat nak tarik nafas,  tak bercakap langsung. Selalu time makan adalah jugak cakap cakap gtu~ haha. Bukan apa, serius wa cakap, sedap gila lauk dia xD hahahaha. Licin betul pinggan aku time tu. Mabelesss mabeless~ Hahaha *baling bunga banyak banyak* Cakap kat ibu 'Ibu, rasa nak tambah lagi je. Boleh?' Hahahhaa. Tapi malangnya, time tu abah dah bayar dah semua yang ktorang makan, minum. And ssemua pun dah nak selesai makan. Hmm, apakan daya, #cedih youu~ :( Hahaha

Bawah medan selera tu ada kedai kedai jual macam macamlah jenis makanan, jajan jajan, keychain, baju I Love MELAKA pun banyak :3 Hhaha




Okay, dah sudah membeli belah kat bawah tu, kitorang nak pergi A'Famosa pulak. Yang ni kena naik beca. Kitorang terpaksa ambik 3 beca sebab 1 beca boleh naik 2 orang je. Kitorang semuanya ada 5 orang. Dekat beca je, duit dah habis lebih kurang rm90. Cis, hampehhhhh.



*Gambar kat A'Famosa ada. Tapi, malaslah nak masukkan. hahahaha. Semua gambar tak elok xD Apit punya pasallah ni. Mencacatkan gambar betul. Hahahhahaa

Then, kitroang pergi tempat yang kat belakang A'Famosa tu. Yang ada tangga tinggi tu. Penat oh naik --' Dah la dah lama tak excercise. Cis cissss. Sakit lutut wa. Haha. and, kat atas tu adalah orang jual jual. Macam macam adaa *suara atuk macam iklan tv dulu dulu* hahahhaa




Okay, dah melawat tempat tempat yang sepatutnya kat atas tu, kitorag pun turun balik. Eh, tu mestilah. Perlu ke bagi tahu? lol. Hahahaha. Lepas tu lepas tu, kitorang pergi ke carpark, abah bukak kunci kereta, kitorang masuk kereta and vromm vromm. Balikkk xD Hahhahaa

Okay lah. Tu je. Malas nak cerita panjang panjang. Rasa malas sering menyelubungi diriku ini ~~~ hahahaha. Byebye. Assalamualaikum.



eh jap! Btw, semalam aku, aijanum locayaty and shafinaz pergi Sunway Piramid. Then, kitroang tengok cerita Istanbul Aku Datang. Nazirah! Aina dah tengok dah cerita tu xD Hahahaha.

p/s:
 
Hahahahhahaa. Sakit perut malam tadi aku gelak disebabkan si dia ni xD Syaza syaza, jom serang dia ni, sampai hati dia cakap nama Kim Hyun Joong jadi Kim Huel Jol xD hahahhaahhahaha


eh, comel lah awak ^^

0 comments:

Domo