SPM

Assalamualaikum.

Tengok tajuk kat atas, Omg tahun ni SPM! Tahun ni last year sekolah! Aku dah kena start study daripada sekarang! Kalau result aku tak gempak macam mana! Oh tidak! oh nooo!!!

*krik krik*

okay, sekian lama aku menghilang kan? hoho al-maklumlah. masuk tahun 2013, aku dah masu tingkatan 5. Bila dah masuk tingkatan 5, makin busy. Busy sebab? Yeah, SPM. Ulang suara, SPM.

Tak sangka, rasa sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je semalam aku menangis time nak masuk darjah satu. Rasanya baru semalam aku jatuh basikal time nak pergi mengaji alif ba ta kat rumah makcik apa entah. Sorry makcik, lupa pulak nama. hihi. Rasanya baru je semalam aku main kat lombong dengan kawan kawan time duduk Taman Maju, Perak. Rasanya baru semalam aku pindah Putra Perdana. Rasanya baru semalam aku menyanyi lagu Barbie Girl kat atas pentas dengan group aku dulu. *waa malunyaa*. Rasanya baru semalam aku dapat result UPSR. Rasanya baru semalam aku dapat result PMR. And sekarang.....

Ya, dan sekarang, umur aku dah 17 tahun. Tingkatan 5. SPM. Cepat kan masa berlalu?

*****

Masuk je tahun baru, 2013. Aku dah bertekad, tahun ni no more twitter, facebook, outing, main main semua tu. Aku tak boleh. Mulai sekarang, aku dah kena start study. Tapi, hmm aku tetap melekat dekat twitter tu. Hihi tapikan, aku bkak pun sekejap sekejap je kayy. just nak jengok2 je. Hoho okaylah tu kan?

Dan aku selalu macam ni,

Selalu bertangguh bila nak study. Dah bertekad, lepas ni aku mesti study! Dah tu, 'eh kejap lagilah'. Dah tangguh tangguh, last last tak study. Hmm bilalah aku nak berubah.

Tapi dah masuk bulan 3 ni, aku dah mula rajin sikit study. Sikit lah. hihi. Aku dah mula start study awal awal sebelum exam. Yelah, selama ni kalau nak exam, aku suka study last minute. Tapi exam Ub1 hari tu, 2 minggu sebelum exam aku dah start study. Yeaa yeaa boleh pun buat macam tu. Tapi seperti yang dijangka, dah sminggu lepas tu, aku lupa apa yang aku study. Hmm tapikan, bila aku try refresh balik, senang je nak ingat. Yelah, sebab benda tu kita dah pernah study kan dulu? Tak rugi jugak aku study awal awal. Kah Kah. Memang tak rugi pun ._.

Hmm apa apa pun, korang , please, doakan yang terbaik untuk aku okay? Untuk kami, pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun ni? Okay? Wish me luck! 

"Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku. Kau kuatkanlah daya ingatan ku, kau berikanlah aku kefahaman yang tinggi. Kau berikanlah aku ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan. Kau bantulah hambamu ini. Mudahkanlah segala urusanku. Hanya kepadamu saja aku memohon, Ya Allah."

Dear exam,


Yeah, i hope so. Hihi :p



And also thisssssss...........................


-
-
-
-
-
Sincerely,
@AinaBeyla




eh, comel lah awak ^^

Domo