Hamster

Assalamualaikum.

Entri kali ni aku nak cerita pasal hamster. Nak tahu tak? Balik dari Langkawi hari tu, (next entry pasal Langkawi, wait ya :p ) aku tengah syok tengok cerita korea. 'My Daughter The Flower", serious cerita ni best gila! Haha. Eh sambung balik. Tengah aku syok tengok cerita korea sambil duduk goyang goyang kaki kat ruang tamu, sekali aku tersepak bekas apa entah. Aku tengok bawah, Oh My God! Bekas hamster. Sangkar dia! Kenapa tak ada sesiapa bagi tahu aku pasal hamster ni?! Kenapa dorang letak bekas dia tu kat bawah?! Hahaha. Nasib baik aku tak tersepak kuat, kalau tak, mati tercekik hamster tu dek kerana terkejut beruk rumah dia kena sepak. Kejam aku. Muahaha.


Ni dia! Comel kan?! Hamster ni 'berjenama' White Winter. Kecik je. Kitorang bagi dia nama Yipi. Dia ni jantan tau. And kalau korang nak tahu, hamster jenis White Winter ni, dorang kuat tidur oh. Dasar pemalas. hhahhahaa. Kalau pagi pagi, aku tengok hamster ni aktiv gila. Gigit gigit benda yang ada kat dalam sangkar dia. Lepas tu panjat panjat, jatuh tergolek. Then terkial kial nak bangun. So cute.. Hahhaa. Serious comel sangat! Rasa nak tarik tarik je misai dia. Hhooho, macam berani. Hmm, mungkin macam tu kot cara dia excercise. Pagi pagi kan best excercise, keluarkan peluh. Hahaha.

Lepas tu malam tadi, abang aku pergi Carefour. Then, tengok tengok dia bawak balik Hamster. Mak aku dah bagi amaran dah awal awal dulu jangan beli lagi dah. Taknak nanti hamster ni membiak-biak. Satu cukup lah. Tapi apakan daya, abang aku tu degil gila nak mampuh :p Dia beeli lagi satu. Betina pulak tu. Aisehh. Then, bila kitorang masukkan si betina ke dalam sangkar si jantan, omg! Ada ke patut si jantan, Yipi pergi serang si betina ni! Tak gentle langsung! Kesian kat si betina. Berdebar and terjerit jerit aku di tempat kejadian. Hahahahha. Yelah, dengan bunyi 'cit cit' dorang tu yang mengilukan aku, bertepuk tampar laagi. Dorang bergaduh! Ganas betul Yipi! So, aku ambik cepat cepat si betina tu letak dalam kotak dia balik bagi mengelakkan kes jenayah berlaku dalam tu. Kot kot ada yang mati ke. Eiiiiii..

And sekarang ni, kesian si betina (kitorang dah kasi nama dia Yici), tempat dia dalam kotak kasut je :(  Sebelum tu kitorang letaklah apa yang patut dalam kotak tu, then baru masukkan Yici. Kesian Yici, rumah dia kecik je. Tak sempurna. Kenapa Yipi buat kat Yici macam tu? Kenapa Yipi? Yipi tak kesian ke kat Yici? Awak tu Yipi, rumah selesa, dalam sangkar, tapi Yici? Dalam kotak! Kotak kasut! Yipi, awak tak kesian ke kat Yici? Dia mesti kesunyian. Yipi taknak ada kawan baru ke? Yipi taknak jadi suami Yici ke? Kenapa Yipi kejam sangat buat macam tu kat Yici? Yici tu betina, awak tu jantan, berllembut lah sikit dekat Yici tu. Kenapa Yipi marah, dengki, and benci sangat kat Yici? Kenapa Yipi? Sampai hati Yipi :(

*Betapa peningnya kepala aku masa menaip ni, keliru aku dengan nama Yici Yipi ni. HAHA*

Ni dia Yici,

Tengok ni, dalam kotak je Yici duduk. Rumah Yici. Hmm, tak apa Yici. Awak bersabar eh? Nanti kita beli rumah baru untuk awak. 

Ni pun Yici :p

Okaylah. Sampai di sini je. Lepas ni nak update pasal Langkawi. Sekarang tengah download gambar. Lmbat bebonar -.- ok papai. Assalamualaikum.




eh, comel lah awak ^^

Domo